Monday, June 25, 2012

JAM LOCENG




Alhamdulillah setelah melalui perjalanan kursus selama 3 hari di sekolahnya, Dila dan Haziq mempunyai azam untuk berubah.Tinggal beberapa bulan lagi dan hari yang semakin lama semakin singkat bilangannya.Mereka sudah mula mengelabah.Menghitung bulan, minggu dan hari.Baru terasa debarannya.Walaupun acapkali diingatkan agar terus berusaha dan belajar tapi biasalah budak-budak bila tuntutan kepenatan mengatasi segalanya.Akhirnya buku yang terbuka terus terbuka sebaliknya mata terus terpejam.Susah sebenarnya kalau keinginan untuk belajar begitu kurang sekali di hati mereka.

Pelbagai motivasi diberikan dan sehinggalah mereka menghadiri sendiri program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.Semoga dengan adanya kesedaran setelah mendapat pelbagai input daripada pakar motivasi dapat memberikan kesedaran kepada mereka.

Hari ini, saya begitu tertarik dengan cerita yang disampaikan oleh emak Dila.Hajat dan hasrat untuk menggapai cita-citanya begitu semarak sekali.Jam loceng yang selamanya terbiar sudah berguna semula apabila dia berazam untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.Jam dikunci .Sekitar jam 4.30 pagi, deringan jam berbunyi bertalu-talu.Dila sedar tapi terus menarik selimut.Bukan untuk bangun tapi terus dibuai mimpi-mimpi indah agaknya.Begitulah sebenarnya.....Kini kami menjadikan jam loceng sebagai teman Dila mengingatkannya masa begitu penting.Bangunlah Dila....teruskan hasrat dan impian kamu.

PENA KASIH:

Kalau dulu , jam locenglah menjadi teman saya.Alhamdulillah dan terima kasih ayah kerana mengingatkan saya bahawa masa itu penting.

Sunday, June 24, 2012

PERSADA JOHOR

Hari ini, aku menemani hubby ke Johor atas urusan penting.Pastinya Persada Johor  menjadi idamannya untuk melihat inovasi dan rekacipta sains.Banyak juga yang menariknya tapi tidak teruja di hati saya.Layan aja tapi sempat lagi berposing.Tidak lama di situ kerana kami kepenatan.Sejak pukul 4.30 pagi lagi kami meninggalkan bandar Segamat untuk ke sana.

Sekepas itu, kami ke Angsana.Melihat buku-buku yang sememangnya menjadi pilihan saya.Tidak sah kalau tidak membeli buku.

Friday, June 22, 2012

HARI TERBUKA 2012

Setiap tahun selepas peperiksaan pertengahan tahun dijalankan, akan diadakan Hari Terbuka.Hari yang dikhaskan untuk para ibu bapa berjumpa dengan guru kelas mahupun guru mata pelajaran untuk membincangkan masalah pembelajaran anak masing-masing.

Sekolah saya juga tidak ketinggalan mengadakan hari tersebut.Sebelum diadakan hari tersebut,saya telah menyediakan semua tindak ikut yang perlu dijalankan oleh semua guru.Setiap kelas saya letakkan dua orang guru.Guru kelas dan juga damping.Guru damping ini akan mengawal murid-murid lain sewaktu perbincangan dijalankan oleh guru kelas dengan para ibu bapa.Malah murid-murid yang menunggu kehadiran ibu bapa diminta membuat buku PAK .

PENA KASIH:

Dulu takut jika ibu bapa jumpa guru.....

Saturday, June 16, 2012

TIDAK MENGERTI

Susah atau senangnya kehidupan adalah bergantung kepada diri sendiri.Tidak perlulah untuk membabitkan orang lain atas kesusahan diri sendiri.Kita bermuhasabah diri dan mencari puncanya.
Aku terdiam seketika apabila mendengar seseorang individu itu meluahkan isi hatinya yang selama ini terpendam begitu lama.

Aku pun tidak mengerti kenapa dia beria-ia meluahkan isi hatinya kepada aku.Mungkin tekanan kehidupan yang kian meruncing menyebabkan dia bersikap begitu.Aku tidak menyampuk apa yang dicakapkan sebaliknya aku mendiamkan diri sahaja dan tersenyum dengan luahan hatinya.

Lantas di hatiku terus berkata-kata: Itu semua dugaan yang Allah berikan kepada kita.Mungkin ada hikmah disebalik itu.Allah tidak sesekali menguji hambaNya dengan sebegitu rupa.Mungkin ada yang tersirat.Mungkin Allah mengharapkan hambaNya terus mendekati diri kepadaNya.Jangan sesekali kita melupakanNya.Di waktu susah baru kita ingatkanNya, apabila senang kita lupakanNya.

Kita hidup biarlah bersederhana.Tutur kata, cara kita, budi bahasa kita perlulah dijaga.Tidak perlulah kita terlalu ego dan kendurkan keegoaan kita.Orang akan menilai diri kita daripada cara kita dan bukannya daripada percakapan kita.Tidak perlulah kita hendak mencanangkan kelebihan yang ada pada diri kita sedangkan pada hakikatnya tidak sebegitu .........Banyak sebenarnya yang aku pelajari daripada apa yang diceritakan.

Hakikatnya manusia memang tidak semudah itu melihat kesenangan atau kelebihan yang dimiliki oleh orang lain.Pada aku,  kesenangan atau kelebihan individu itu adalah atas usaha dirinya sendiri.Maju atau mundurnya kehidupan adalah bergantung kepada diri individu itu.Tidak perlulah untuk menyalahkan orang lain.Renung-renunglah diri sendiri........

PENA KASIH:

Peranan ketua  keluarga untuk mencorak kehidupan ahli keluarga.....


Thursday, June 14, 2012

KORBANKAN CUTI....


Sepatutnya Along meninggalkan kampung halaman pada hari Sabtu namun atas sebab tertentu dan mungkin juga  disebabkan kedua orang tua aku ingin ke Perlis maka mereka mula bergerak meninggalkan kampung halaman pada hari Selasa.Sedih pun ada setelah hampir dua minggu bersama kami.

Namun dan mungkin amat terasa sekali adalah adiknya.Hampir dua minggu juga mereka sentiasa bersama.Kalau dahulu bagaikan kucing dengan anjing yang tidak boleh berjumpa akan bercakaran tetapi kini jauh berbeza.Gurau senda dan sentiasa ada bersama-sama ke mana sahaja pergi.Katanya ingin menjadi 'pengawal peribadi' Alongnya....aku  ketawa sendirian melihat gelagat kedua orang anakku itu.

Apa sahaja permintaan adiknya tidak pernah tidak ditunaikan.Sukar untuknya untuk menghampakan hasrat adiknya.Tidak sampai hati katanya.Tidak cukup dengan kami, alongnyalah yang menjadi mangsa.Namun, aku bahagia melihat kedua-dua anakku.Mama sentiasa mendoakan agar kalian berdua berjaya.Ilmu dunia dan Ilmu Akhirat seiring bersama.

PENA KASIH:

Sentiasa mendoakan untuk keluarga....

Saturday, June 9, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU EBUL....



Alhamdulillah, hari Jumaat telah berlangsungnya majlis akad nikah Ebul dan pasangannya di surau Kg Berata,Aku tidak dapat hadir bersama untuk meraikan majlis itu kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.Namun,tahniah diucapkan buat sepupuku Ebul dan Fadilah.InsyaAllah  bulan Disember sepupu aku akan melangsungkan majlis perkahwinannya.Semoganya kehidupan mereka mendapat keberkatan daripada ilahi.

Wednesday, June 6, 2012

Tuesday, June 5, 2012

KOLEKSIKU



Lama juga aku tidak kisahkan kamera Canon aku.Hari ini, aku begitu teruja untuk mengambil gambar-gambar yang pada aku menarik tetapi mungkin tidak pada orang lain.So, hari ini aku mengambil gambar untuk koleksiku.

Monday, June 4, 2012

HARI TERAKHIR BERTUGAS

Mengikut rutin setiap kali cuti sekolah,kami bergilir-gilir untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab di sekolah.Syukur,hari ini aku sedaya upaya menjalankan tanggungjawabku dan memastikan suasana persekitaran sekolah bersih dan semua pekerja menjalankan tugas yang telah diamanah.Aku juga tidak ketinggalan melunaskan kerja-kerjaku yang tertangguh kerana kesibukanku.

Aku telah berbincang dengan hubby untuk membawa anak-anak melancong dalam minggu ini.Perancangan awal untuk ke Kelantan atau Genting Highland  tapi mungkin hasrat itu tertangguh kerana emak saudaraku akan mengadakan majlis kenduri kahwin.So,hubby telah mengambil keputusan untuk membawa anak-anak ke Gambang Park.InsyaAllah jika tiada sebarang halangan.Maklumlah kadang-kadang apa yang dirancangkan mungkin tidak menjadi sekiranya ada tuntutan perkara lain lebih penting.

Walaubagaimanapun, aku percaya hubby tidak akan menghampakan kami.Pastinya anak-anak sudah tentu gembira.

PENA KASIH:

Gembira disebalik terluka.....

Sunday, June 3, 2012

WACANA MINDA ISLAM



                    Dah pukul 12.45 malam..sempat lagi membawa anak-anak dan anak saudara makan..


Meskipun kepenatan tetapi saya berpeluang bersama hubby dan anak-anak ke dataran Segamat.Mendengar YB Datuk Hassan Ali memberikan info yang amat berguna kepada kita khususnya menyentuh tentang perpaduan di kalangan orang Melayu sendiri.Namun, saya tidak akan membincangkan lebih lanjut intipati apa yang dinyatakan oleh beliau.

Namun, saya begitu tersentuh hati apabila beliau membicarakan soal anak dengan ibu.Memang tersentuh hati dan saya sengaja membawa anak-anak ke majlis ilmu seperti ini agar sedikit sebanyak mereka mendapat ilmu terutama berkaitan dengan ibu bapa dan anak.

Selesai majlis itu, saya terus bertanyakan kepada anak-anak apa yang mereka perolehi daripada ucapan yang disampaikan oleh YB.My daughter menghuraikan satu persatu begitu juga dengan anak lelaki.Yang kelakarnya semua amalan dibuat hanya tidak memeluk mama sahaja.Kami ketawa melihat keletah anak lelaki kami.Saya akui anak-anak memang melakukan apa yang dinyatakan oleh YB.Mama sentiasa mendoakan kalian berdua malah mama tidak melupakan mendoakan untuk semua orang.Pastinya mama hendakkan anak mama sentiasa mengingatiNya.Itu yang penting.Kita jangan sesekali melupakanNya.Hanya kepadaNya tempat mengadu yang paling sesuai dikala kita ditimpa musibah.

Malah ayah mereka selalu berpesan agar sentiasa menjaga maruah  keluarga dan bersolat.Jangan sesekali meninggalkan solat.

PENA KASIH :

Sedar kita tidak sempurna tetapi cuba membaiki kekurangan yang ada pada diri kita.


LinkWithin



Related Posts with Thumbnails